Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah Dosaku, Dosa Ibu Bapaku, Dosa Keluargaku, Dosa Guru-guruku, Dosa Sahabat-sahabatku Serta Dosa Seluruh Umat Islam Sama Ada Yang Masih Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia.
Allahummalasahla, Illamaja'altanhusahla, Waantataj'alulhaznainsyiktasahlaa....
Assalamualaikum dan Salam Ukhwah....
Sebagai wanita muslim, adalah dituntut untuk kita menjaga diri kita daripada pandangan golongan bukan mahram.. Allah telah menentukan sesuatu itu ada sebabnya. dan sebagai manusia yang beragama islam kita harus menerima ketetapan yang telah ditetapkan oleh Tuhan Rabbul'Izzati... Wanita adalah perhiasan duniawi.. Wanita yang solehah adalah wanita yang dapat menjaga dirinya daripada pandangan liar golongan lelaki. Jadi, jagalah aurat diri kita.. Ini kerana dengan terjaganya aurat kita, sukar untuk golongan adam menembusinya. Wahai Wanita tersayang.. peliharalah aurat anda dan janganlah mengambil mudah akan urusan berkaitan dengan aurat anda kerana.......
Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Oleh Abu Hurairah yang bermaksud :
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1)Kaum yang membawa cambuk sepertu ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (pengusaha yang kejam); (2) perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambut yang sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu sudah tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian".: {Riwayat Muslim}
•.¸♥ Tahukah Anda ? Tidak SEMPURNA seseorang Tahukah Anda? Tidak SEMPURNA seseorang wanita tutup AURAT jika :
✿ Pakaian melekat di tubuh (ketat).
✿ Tudung/jilbab tidak menutup dada.
✿ Tudung balut leher dan menampakkan bentuk leher.
✿ Pakaian nipis dan jarang.
✿ Tidak labuhkan pakaian menutup punggung.
✿ Tidak menutup aurat kaki dgn stoking atau kain labuh.
✿ Tudung sanggul ke atas seperti punuk unta.
~ sama2 kita memeliharanya..AURAT KITA..MARUAH KITA..
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Lindungilah Diri Kami Daripada Melakukan Perkara Yang Salah DisisiMu... Amin... :D
........
Aduhai hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?
Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?
Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..
Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha Mlihat.
Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..
”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”
Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..
Hanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.
Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..
Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.
Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.
Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..
Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.
Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.