love blog

Saturday, June 9, 2012

Panahan Exam Politik Kerajaan

saya budak baru belajar buat doodle.... hehe
cuba jgk buat walau x cntik.. hihi

untuk Aiza

 ni pun aiza jgk

Reiko Zulaiha 

Rambut Tocang (Sendiri pny)

Geng Serumah B307 Kolej Za'ba UPSI

khas buat housemte (Nadiah)

Doa untuk mohon diberi kemudahan dalam bekerja dan berfikir

Wednesday, May 2, 2012

Sempurnakah Kita???

“Jika kau berusaha mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui”

Seorang guru memberi arahan mudah kepada muridnya, ketika mereka sedang melalui sebuah lorong yang di kiri dan kanannya ada bunga-bunga indah. “Sepanjang perjalanan kita ini, petiklah sekuntum bunga yang paling cantik dan memuaskan bagimu. Apabila kita sampai di hujung nanti, kita tak boleh berpatah balik”. Maka mereka pun berjalan menyusuri lorong tersebut. Murid tersebut ternampak sekuntum bunga yang indah dan cantik, namun hatinya berbisik, “di depan pasti ada yang lagi cantik”. Lalu mereka terus berlalu. Beberapa bunga yang dilihatnya, tetap juga tidak dipetik. “Ada kurang sikit lah pada bunga ni”. Berjalan dan terus berjalan, akhirnya tak satupun bunga dipetiknya ketika sampai di hujung lorong sedangkan dia tak dapat berpatah balik. Gurunya lantas berpesan, “Itulah ibaratnya jika mencari kesempurnaan pada makhluk”.


Kesempurnaan adalah sesuatu yang sering dicari dalam kehidupan manusia.. 


Namun ianya pasti tidak akan dimiliki oleh manusia kerana fitrah manusia itu sendiri yang tidak sempurna.


Jangan sesekali mengharap kesempurnaan jika diri kita pun tidak sempurna.


Belajarlah menerima segala kelebihan dan kekurangan orang lain. 


Jika kita terfikir mahukan kesempurnaan daripada orang lain, nilailah terlebih dahulu kesempurnaan diri yang dimiliki oleh kita.


*** Walaupun tiada kesempurnaan dalam diri kita, kita mesti terus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.


~~~~Cukuplah mencapai yang terbaik andai kesempurnaan tidak mampu dicapai..






"Wahai Tuhan kami, Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, Sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Kuasa atas segala sesuatu" 

(Q.S At-Tahriim ayat 8)

Monday, December 5, 2011

Pemakaian Inai


Assalamualaikum Chenta..
Hari ni ada salah seorang sahabat memberitahu saya yg memakai inai pun bleh menimbulkan fitnah.. Saya agak terkedu sebab setahu saya memakai inai tu harus. ermmm... balik kelas terus saya selongkar almari buruk saya ni dan saya dh dpt hasilnya. So, bagi sesiapa yang dah baca harap pandai lar buat keputusan yer... jangan memandai buat hukum sendiri lak.. ok.. Salam Chenta Illah.


Dari segi bahasa inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku atau jari. Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Berikut adalah hukum pemakaian henna, bagi kaum Adam dan Hawa, berdasarkan mazhab-mazhab dan hadis-hadis tertentu.
 
Mazhab Hambali menyatakan bahawa kaum lelaki mahupun perempuan dibolehkan atau diharuskan untuk mewarnakan mana-mana bahagian anggota badan mereka dengan henna kecuali di bahagian kepala.

Manakala mazhab Syafie pula berpendapat bahawa kaum lelaki diharuskan memakai henna pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya. Walau bagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Bagi kaum perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya pula dilarang memakai inai.

Imam An-Nawawi Rh dalam fatwa Al-Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Manakala wanita yang telah bersuami, diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Berdasarkan mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya, bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, "Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada di dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian." (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma'rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-Tamheed)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: "Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan." Perempuan itu menjawab: "Aku adalah seorang wanita." Baginda bersabda: "Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu." (Hadith Riwayat Abu Dawud)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan Rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.A.W: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)

Tiga hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan Rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. Di sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

Wallahua'alam.
 Rujukan;Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq.