Seorang guru memberi arahan mudah kepada muridnya, ketika mereka sedang melalui sebuah lorong yang di kiri dan kanannya ada bunga-bunga indah. “Sepanjang perjalanan kita ini, petiklah sekuntum bunga yang paling cantik dan memuaskan bagimu. Apabila kita sampai di hujung nanti, kita tak boleh berpatah balik”. Maka mereka pun berjalan menyusuri lorong tersebut. Murid tersebut ternampak sekuntum bunga yang indah dan cantik, namun hatinya berbisik, “di depan pasti ada yang lagi cantik”. Lalu mereka terus berlalu. Beberapa bunga yang dilihatnya, tetap juga tidak dipetik. “Ada kurang sikit lah pada bunga ni”. Berjalan dan terus berjalan, akhirnya tak satupun bunga dipetiknya ketika sampai di hujung lorong sedangkan dia tak dapat berpatah balik. Gurunya lantas berpesan, “Itulah ibaratnya jika mencari kesempurnaan pada makhluk”.
Kesempurnaan adalah sesuatu yang sering dicari dalam kehidupan manusia..
Namun ianya pasti tidak akan dimiliki oleh manusia kerana fitrah manusia itu sendiri yang tidak sempurna.
Jangan sesekali mengharap kesempurnaan jika diri kita pun tidak sempurna.
Belajarlah menerima segala kelebihan dan kekurangan orang lain.
Jika kita terfikir mahukan kesempurnaan daripada orang lain, nilailah terlebih dahulu kesempurnaan diri yang dimiliki oleh kita.
*** Walaupun tiada kesempurnaan dalam diri kita, kita mesti terus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.
~~~~
![]() |
