love blog

Monday, March 21, 2011

Kahwin & Masjid

Assalam... 

Hal kahwin nie...

huhuhu, hari nie ada terbca ttg kahwin kt masjid...

Didakwa sama cm amalan orang kristian.... Cmne nie ek???

Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian

KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.... (Kosmo 21 mac 2011)..

* Pandangan milah yg kurang ilmu ni, rsa2nya x salah kan kahwin kt masjid... smua tu bergantung pada niat... 
Dari ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi bahawa dia berkata: “Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar: “Aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Tiap-tiap amal perbuatan harus disertai dengan niat, balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….”[1]
Jadi, rasanya boleh jer kawin kt masjid kalau niat kita nie betol... Lgplak kalau kawin kt masjid bleh jugak kita mengimarahkan serta dapat tarik minat org g masjid...
Hehehehehe
itu jer pndangan budak milah yg x bpe arif hal ag nie....
Yg pasti setiap perbuatan tu mesti dimulakan dengan niat, kalau niat baik dpat pahala, begitulah sebaliknya....
wallahua'lam... (^_^)v